Thursday, October 1, 2009

Muhammad Aidel Zahrin bin Suhaimi


Tanggal 24 September 2009, bermulalah episod baru kehidupan keluarga ku. Kehadiran seorang bayi lelaki yang comel sebagaimana idaman setiap pasangan yang inginkan anak mereka sepasang dimakbulkan Allah setelah 4 tahun kakaknya keseorangan tak berkawan. Alhamdulillah, setelah debaran 11 hari lewat dari tarikh due yang sepatutnya 13hb kini berakhir.
Syukur dengan kurniaan Ilahi di atas rezeki yang dilimpahkan, maka dengan izin-Nya juga acara akikah 2 ekor kambing, memberikan nama dan membuang rambut dapat disempurnakan pada hari ke-7 iaitu 30 September 2009 dengan menjamu sanak saudara dan jemaah surau terdekat secara bergotong royong.
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat, di atas sumbangan tenaga dan masa dalam menjayakan majlis. Tak terhingga kebaikan yang diberi dan hanya kepada Allah sahaja balasan kebaikan dipohon untuk setiap titik keringat yang tercurah.


Wassalam.